Search This Blog

Saturday, November 10, 2012

Masa lapang sebelum sempit

Assalamualaikum w.b.t

Da almost dua bulan I dont write at my blog, serius rindu, cuma xsempat sangat sangat sangat!
Byk sgt benda nak share sepanjang sebulan ++ ni, tp bila ada chance like today, I forgot apa yg I should share. Terasa sungguh nikmat masa lapang sudah ditarik. Ya Allah berikan aku keberkatan WAKTU. Biar pun I sibuk sekarang, but I hope I dapat saham pahala ibadah dengan waktu yg da I gunakan supaya ia tidak menjadi perkara yang sia2.

Ok today pun I got the chance utk post sebab I give myself a day off from my responsibilities as the promotion officer of RISE 2012, and as an nerd student..heee. I went to Oxford today, yeayyy!! Alhamdulillah I jumpa apa yg I cari iaitu KETENANGAN. SubhanAllah bumi Allah kan sgt luas, hanya org yg berfikir je yg akan ambil manfaat (2:164).

Since I penat sgt da, I'll just attached gambar2 yg sempat diambil before my batt abis. Gambar2 ni semua dah diupload di Instagram :) Enjoy watching the photos. (I know I got the talent kn?)





Wednesday, September 19, 2012

Ku bahagia !!


Morning peeps !!

Today da masuk 2 days I bangun pg2 buta (which is very alien things to me). Alhamdulillah atas nikmat hidup hari ini. I sgt suka kata-kata ayah saya " Allah nak bagi ayah peluang utk hidup lagi utk ayah buat kebaikan kat dunia ni ". I actually suka sgt bangun pagi sbb rasa sgt lively, sgt bahagia n aktif tp xtw la npe ske sgt tido lps subo. * Geram dgn diri sendiri*

Jadi kwan2, di pagi hari ni sila INGAT, kita ada misi dan amanah lebih penting di dunia ni iaitu apa? Well klu dlm skema PAI PMR or SPM dlu2
1. Menjadi khalifah di muka bumi ni
2. Mengimarahkan bumi

Right? Tapi do we really understand what those 2 answers really mean? I doubt. I guess its a NO ! Sebab pe?  kita sibuk hafal jawapan utk dpt good results, tp xserap pn 2 perkara tersebut dalam hati. I sangat2 la bersyukur, Allah bagi I kesedaran apabila saya diberi peluang menghayati dan mendalami 2 makna tersebut, though i'm not really thiqah, but once I lupa diri, lalai, Allah sentiasa suluh, bagi lampu (klu org biasa bw kereta, kita akan bg lampu pada driver yg bw slow di 1st lane, suruh dia masuk 2nd lane or drive faster).

Baru-baru ini, I diuji lagi. I sedar bahawa I lakukan kesilapan, berterusan melakukan dosa tp I xpedulikan semua tu sebab I happy dengan keadaan tu. Astaghfirullah.. How can I be happy bergelumang dengan dosa? Naudzubillah mohon dijauhkan Ya Allah. Tapi apa-apa pun I'm pround of myself, I dare and have d courage to stop the sins I've done for almost a year. Masya Allah patot la berat je nk qiam, nk beribadah padaNya. Apa yang best nye dengan ujianNya kali ini, I rasa happy dengan ujian ni which I rasa I never felt this before. Subhanallah, maha suci Allah. I can sleep with smile and I wake up also with smile. Bahagianya !! Sebab pe taw kawan2?

1. Sebab I da xbergelumang dgn dosa, I da blk pdNya
2. Sebab I believe I bole atasi ujian ni, kn Allah da kata " Aku tidak akan menguji seseorang melainkan dia mampu atasi ujian tu " (sort-of tula mksd ayt Qur'an tu but I dun remember the surah n the verse), though actually ujian ni agak berat, n biasanya org akan question kan bila dia diuji, but to me, I know why I've been tested.
3. I believe the hikmah will come soon ! Kalau xdpt kt dunia, dpt kat akhirat. 

So I sangat bahagia dgn my life skrg. Xsabar nk fly, before fly, insyaAllah i'll make new resolutions for my new chapter, new life and new semester. ALHAMDULILLAH..


P/s : Kepada dia yang terlibat dengan ujian tu, harap dia pn bahagia sepertiku. Semoga dia kembali pdMu dan menyiapkan dirinya, agamanya utk masa depannya sebagai ketua keluarga. Maaf atas perubahan drastik tp ak percaya inilah yang terbaik dan hikmahnya pasti tiba, insyaAllah !




Wednesday, August 15, 2012

Forgiveness





“…dan balasan kejelekan itu adalah kejelekan pula, namun siapa yang memaafkan dan memperbaiki (hubungannya), maka pahala baginya di sisi Allah. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang dhalim. “(QS Asy Syura 40)



“…dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. At Taghaabun, 64:14)

“…dan bergegaslah kepada ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi. Disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Yaitu orang-orang yang menginfakkan hartanya di saat lapang dan susah (sempit) dan orang-orang yang menahan amarahnya serta memaafkan yang berbuat kesalahan kepadanya dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (QS Ali Imran 133 dan 134)


“Allah tidak akan menambah kemaafan seseorang, melainkan dengan kemuliaan, dan tidaklah seseorang merendahkan dirinya karena Allah melainkan Allah akan meninggikan derajatnya.” (Hadits riyawat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah saw: jika rasa marah telah meyesakkan (menyusahkan) mu, maka hilangkanlah dengan memberi maaf. Sesungguhnya pada hari kiamat nanti akan ada suara yang memanggil: berdirilah siapa yang memiliki pahala di sisi Allah! Tidak ada seorang yang berdiri, kecuali orang-orang pemaaf. Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT: “siapa yang memaafkan dan memperbaiki (hubungannya), maka pahala baginya di sisi Allah” (A’lâmuddin hal. 337)


Sesungguhnya sangat la banyak ayat-ayat di dalam Al-Qur'an dan juga hadith-hadith Nabi mengenai isu memaafkan orang lain. Adatnya manusia sekarang nak tunggu raya la baru nak meminta dan memberi maaf. Hakikatnya, tiap-tiap hari kita patut melakukannya sehingga kan Rasulullah S.A.W sendiri menyarankan janganlah kamu tidur sebelum kamu memaafkan kesalahan orang lain.

Ana ada bertemu satu article anonymous di rumah ana berkaitan isu ini yang ingin sangat-sangat ana kongsikan pada semua. 


Bismillahirrahmanirrahim...


Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan apabila disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita masih belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakan kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.


Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula membuat salah pada orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu orang memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.


Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari Allah jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari Allah. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada Allah. Kita berkata "Allah, tidak patut Kau buat ak begini".


Bila orang bersalah dengan kita, selidiklah apa dosa yang kita lakukan sehingga Allah takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada Allah, nanti akan datang rasa 'memang patut pun aku dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.


Bila sedar bahawa kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukuman dari Allah, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda Allah memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.


Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa pun. Apa lagi kalau berdendam atau berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari Allah S.W.T.


Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran Allah Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda Allah sedang murka terhadap dosa-dosa kita.


Justeru itu ana menyeru semua yang membaca blog ini agar cepat-cepatla kita memaafkan kesalahan orang terhadap kita, jangan berdendam kerana sesungguhnya syaitan akan ber'party' 3 hari 3 malam atas tindakan kurang bijak kita. Wallahu a'lam.









Tuesday, August 7, 2012

I'm back !



Setelah a year ++  xtulis tibe2 rase nak tulis blog, I wonder why, jumpe hobby baru kot (?) haha.. Well, definitely now, I'm blogging not because of my english lecturer asked me to tp lebih pada nk sharing2. Sekarang ni cuti summer, so i'm quite free kt rumah plus my boss (my older sis) gave me cuti seminggu !! Finally, I got time to kemas rumah yang sudah mcm apa pun xtaw la. Kalau ayh (ayh org tabligh keluar 40 hari) blk now, mmg confirm kna marah.

So hari isnin lepas, my BFF, Miera and I berbuka puasa sama2 di Malis, restoran nasi lemak paling best kt Danau Kota. Plannya I yg akan drive sbb miera xtaw Malis di mana but she insisted to drive, tp I terbawa gk kunci kereta sbb masa tu ade my senior tgh kol, so otak xcompute sgt krn fokus pd kol tersebut. Smpi je kt Malis, kami berborak2 sebelum order mknn. Afta berbuka je, kami terus pulang solat maghrib di rumah.

Sebelum isya' baru I teringat kt kunci kereta tu [PANIC abih], I cari kt my beg and all places yg I lalu di sekitar rumah. I tried to recall smpi xkhusyu' solat isya' n also tarawikh. Afta tarawikh I kol miera asked her to look for my key inside her car, unfortunately dy kata xde. I pn tros siap2 utk pegi blk Malis for the 2nd time. I pi cr kt parking lot and also tnye tuan kedai but what I get is NOTHING. Terasa sgt2 sedih.

On the way blk rumah, I muhasabah diri I why Allah nak uji, xlama pun fikir I jmpa jwpn, I dah 2 days x tahajjud pada Dia. Well its not like I awake at 4 tp tahajjud after sahur before subuh. Xkisah la xsepertiga malam pn aslkan ada usaha juga. Konon awl2 Ramadhan semangat nk bgn tiap2 hari tp kecundang. Apart from that, I pn rse I dah jauh dgn Allah (Da perasan lama da cuma xcari the curb to this problem, mungkin sibuk dengan dunia, mashaAllah). So time tu jugak da berazam da xnk rompong2 bgn tahjjud lg. Smpi rumah, I msg a friend of mine, he reminded me to make solat 2 rakaat and ask for Allah's help. That is when I realised what I did wrong. I forget Him, I believe dgn my usaha I akn jumpa kunci tu. Supposedly if sesuatu musibah tu dtg kita ingat Dia dulu dengan membaca " Innalillahi wainna ilaihi raji'un" but I totally turned my back on Him. Astaghfirullah hal A'zim.

Then I pun buat solat hajat, dan berdoa supaya kunci itu dikembalikan pada I. Or if ada org jumpa semoga dy pulang kan kt I or owner kedai Malis or balai polis. And jangan la kunci tu jatuh pada orang jahat yang nk curi kereta tu. So after sahur pg tu I buat blk tahajjud and masih berdoa doa yg sama.

Pagi tu tibe2 I dpt kol dr Miera. She said she found the key. Alhamdulillah!!! Terharu sgt I terus sujud syukur. Miera ckp dia jumpa kunci kereta tu atas bumbung kereta dia which I rasa sgt xlogik kunci tu stay atas bumbung masa dy drive kereta tu ke rumah I and blk rumah dia. Subhanallah, miracle sgt rasanya. My theory ialah sebenarnya kunci tu mmg da jatuh di mana2 tp Allah nk tunjukkan kuasa Dia, Dia temukan semula kunci tu tapi di atas bumbung kereta. I rasa sgt blessed, mmg betul la bulan Ramdhan ni doa mudah makbul.

Morale of the story :
1. Ujian adalah indicator how close we are to the Creator. Sbb manusia bla senang ada nk ingat kt Dia? Since kita cari Dia masa susah je, Dia buat ujian utk kita sbb Dia sgt rndukan rintihan kita. Sweet kan Allah? Cuma manusia je yg sombong, bodoh lagi alpa.
2. Apabila kita diuji, ingat Allah dahulu baru disertai dgn usaha kita. Dan kita sepatutnya jangan rasa sedih or geram dengan Allah apabila diuji tetapi bersyukur lah sebab Allah masih sayangkan kita dan perhatikan kita.
3. Selalu xdialog ni keluar dari mulut kita. "Alhamdulillah, baiknya juga benda tu hilang, kan dpt yg baru, lagi lawa". Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
4. Sentiasa muhasabah diri kita.
5. Doa di bulan Ramadhan sgt mustajab. Jom doa selalu. Xsemua apa yg kita doa dapat, sebab apa? Sebab dia nak bagi yang lebih baik dari tu.

Mood :

Sekian dulu for now. Semoga terus istiqamah nak share dengan semua. Salam ramadhan (^_^) v